fbpx

Penganggur tak sempat joli hasil pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (duduk, bersandar pada tiang) dicekup penduduk kampung selepas memecah masuk sebuah rumah di Jalan Masjid, Kubang Kerian semalam. FOTO IHSAN PENDUDUK KAMPUNG

KOTA BHARU – Seorang penganggur tidak sempat menjual pelbagai hasil curi yang dianggarkan bernilai RM3,000 selepas memecah masuk sebuah rumah di Jalan Masjid, Kubang Kerian di sini semalam apabila dia dicekup penduduk kampung beberapa jam selepas kejadian.

Lelaki berusia 42 tahun itu dicekup oleh dua anak lelaki mangsa bersama penduduk kampung yang mencarinya sebaik menyedari kejadian itu kira-kira pukul 11 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, suspek ditahan ketika sedang mengayuh basikalnya di tepi tali air kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa yang berusia 47 tahun.

“Ketika pemeriksaan dilakukan terhadap suspek, kesemua barang yang dicuri masih berada bersamanya antaranya tiga utas jam tangan, dua buah telefon pintar, sepasang kasut, beg sandang, beg pinggang, tabung syiling, topi dan sebentuk cincin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Suhaimi, berdasarkan semakan, suspek didapati mempunyai 11 rekod lampau berkait kes jenayah dan dadah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI