fbpx

Pelajar universiti didakwa buat kenyataan jelik terhadap TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Muazz (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan jelik terhadap TMJ dan kerabat diraja, awal tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang pelajar sebuah universiti awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan kerabat diraja, awal tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Muazz Ishak, 23, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman Twitter “@muazzishak” di pautan https://twitter.com/muazzishak.

Perbuatan itu dilakukan di alamat No. 14, Kampung Parit Jamal, Benut, Pontian, pada 5 Februari lalu.

Bagi perbuatan itu, lelaki itu didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (AKTA 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan. Dia juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Idayu Salim manakala tertuduh diwakili peguam, Muhd. Valantino Ifni Ho Ridzuan. Hakim membenarkan tertuduh dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Februari sebagai tarikh sebutan semula.-K! ONLINE

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI