fbpx

Orang Asli dinasihatkan tangguh segala aktiviti di hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (dua dari kiri) mengadakan perjumpaan dengan penduduk kampung Orang Asli di Pos Bihai, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lebih 2,000 penduduk di dua buah pos penempatan Orang Asli di sini dinasihatkan atar menangguhkan segala aktiviti mereka di dalam hutan susulan penemuan harimau belang di kawasan itu baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, keluarga Orang Asli di Pos Bihai dan Pos Balar diminta untuk berada di rumah jika tiada keperluan penting untuk keluar demi keselamatan mereka.

“Polis berharap masyarakat Orang Asli agar lebih berhati-hati apabila keluar daripada rumah masing-masing.

“Sekiranya penduduk perlu untuk keluar, bergerak secara berkumpulan dan ketika waktu siang hari sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Tendrik, Pos Bihai di sini hari ini.

Terdahulu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih menjalankan operasi pemantauan dan kawalan di kawasan perkampungan Orang Asli berkenaan selepas aduan penduduk berkenaan harimau belang yang berkeliaran.

Sebarang aduan dan maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan negeri Kelantan melalui talian 011-5927 5985 atau 1-800-88-5151 dan e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI