JAKARTA – Pelakon Nia Ramadhani bersama suaminya, Ardi Bakrie serta pemandu peribadi mereka, Zen Vivanto akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama setahun oleh Mahkamah Pengadilan Negeri Jakarta Pusat, semalam.
Hukuman tersebut diputuskan oleh barisan hakim yang diketuai oleh Ketua Muhammad Damis apabila mendapati ketiga-tiga mereka bersalah atas kesalahan kes salah laku dadah.
Ketika hukuman tersebut dibacakan, mahkamah mendapati Nia, Ardi dan Zen berpendapat bahawa hukuman penjara adalah wajar dijatuhkan kepada mereka selepas terbukti secara sah dan meyakinkan ketiga-tiganya melakukan kesalahan.
“Hukuman yang patut dijatuhkan kepada tertuduh adalah hukuman penjara kerana telah terbukti secara sah mereka melakukan kesalahan mengambil dadah,” kata Muhammad Damis.
Selepas keputusan mahkamah itu dibaca, kelihatan Nia dilihat menundukkan kepala dan menitiskan air mata, manakala Ardi yang turut berada di situ hanya mampu menyaksikan tangisan si isteri.
Selain Nia, ahli keluarga serta sahabat yang turut berada di dalam mahkamah juga dilihat menitiskan air mata sebaik sahaja hakim membacakan keputusan mahkamah kepada ketiga-tiga tertuduh.
Pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih itu bersama suami serta pemandu peribadinya terlebih dahulu telah menjalani proses pemulihan di sebuah pusat pemulihan dadah di Fan Campus, Bogor, Jawa Barat, Indonesia selama 12 bulan.
Bagaimanapun, mereka hanya menjalani pemulihan selama lima bulan sahaja di pusat pemulihan tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Nia ditangkap di kediamannya di Pondok Indah, Jakarta Selatan kira-kira pukul 3 petang pada 7 Julai lalu bersama Zen.
Polis ketika itu menjumpai satu klip dadah jenis syabu bersama alat untuk mengambil dadah. Ardi pula menyerahkan diri ke Balai Polis Metro Jakarta Pusat pada malam hari yang sama.
Ketiga-tiga mereka menjalani rehabilitasi di Balai Rehabilitasi Fan Campus, Bogor, sejak 11 Julai lalu. – K! ONLINE