fbpx

Neelofa idam nasi dagang sebelum berpantang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan Neelofa bersama seorang rakannya.

PETALING JAYA – Jika sudah namanya Neelofa, apa sahaja mengenainya pasti akan menuai perhatian ramai terutama pelayar media sosial.

Terbaharu, namanya kembali menjadi sebutan apabila sebuah akaun usahawan tempatan, Grannies memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama bekas pengacara MeleTOP itu yang menempah nasi dagang untuk sarapan pagi.

“Makanan sarapan untuk Neelofa. Alhamdulillah semoga Grannies terus memberi manfaat kepada ramai orang,” tulisnya dalam video tersebut.

Sementara itu, dalam tangkap layar WhatsApp, Neelofa menempah nasi dagang bagi memenuhi keinginannya sebelum melalui tempoh berpantang tidak lama lagi.

“Teringin sebelum berpantang. Bayi dalam kandungan kenyang. Mak dia lebih kenyang,” kata isteri kepada pendakwah bebas terkenal, Haris Ismail itu kepada peniaga berkenaan.

Disebabkan Neelofa juga, ramai yang teruja ingin mencuba menu nasi dagang tersebut.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan, pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, pada 27 Mac 2021.

Biarpun tidak pernah mengiyakan status kehamilan kepada umum, namun dia tetap kerap berkongsi foto-foto terkini perjalanan kehamilannya yang kini semakin sarat.

Menurut satu sumber, Neelofa dijangka bersalin sekitar akhir bulan ini atau Februari depan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI