fbpx

Mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 1,227

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di sekitar Kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.

JOHOR BAHRU – Situasi banjir di negeri ini menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 1,227 orang setakat 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, ia melibatkan 351 keluarga yang ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah yang masih terjejas.

“Segamat yang terjejas teruk sebelum ini mencatatkan penurunan ketara apabila kini terdapat 417 mangsa daripada 116 keluarga berbanding 709 mangsa daripada 194 keluarga, malam tadi.

“Dua daerah turut beransur pulih adalah Tangkak dengan 182 mangsa daripada 55 keluarga berbanding seramai 379 mangsa daripada 134 keluarga, Muar juga menurun kepada 547 mangsa daripada 162 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI