fbpx

Makan anggur cegah serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PENGAMBILAN buah anggur dalam pemakanan dapat mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membantu mencegah serangan jantung dan strok.

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik di California, Amerika Syarikat mendapati, pengambilan anggur dengan secara kerap dapat meningkatkan kepelbagaian bakteria dalam usus yang dianggap penting dalam sistem imun badan.

Selain itu, pengambilan anggur juga dapat menurunkan paras kolesterol, merupakan bahan seperti lemak dalam darah yang menyebabkan arteri tersumbat hingga membawa kepada penyakit jantung.

Anggur juga mengandungi antioksidan dipanggil polifenol iaitu sebatian organik yang terdapat secara semula jadi dalam tumbuhan.

Ia boleh memastikan saluran darah sihat dan fleksibel untuk peredaran lebih baik.

“Kami dapati, anggur mempunyai kesan baik terhadap bakteria usus. Ini adalah berita baik kerana usus yang sihat adalah penting untuk kesihatan yang baik.

“Kajian ini memperluaskan rangkaian manfaat kesihatan daripada anggur dalam penurunan kadar kolesterol untuk manfaat kesihatan jantung,” kata pakar pemakanan di Universiti California, Prof. Zhaoping Li.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI