fbpx

Lima senapang angin cuba diseludup dari Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara rampasan senapang angin yang cuba diseludup dari Indonesia.

BATU PAHAT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat telah menggagalkan cubaan menyeludup masuk lima laras senapang angin disyaki dari Indonesia di perairan Pulau Sialu di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, kejayaan operasi pada pukul 7.20 malam itu hasil daripada maklumat risikan berhubung aktiviti berkenaan.

Katanya, aset Maritim Malaysia telah diatur gerak melaksanakan pemantauan di sekitar lokasi target namun tiada sebarang pergerakan bot atau suspek mencurigakan di sekitar lokasi penemuan.

“Sewaktu pasukan operasi melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan Beacon Panjang Utara, kita telah menjumpai satu karung guni putih dan satu beg hitam.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat senjata api jenis senapang angin beserta sebuah kotak besi berisi peluru jenis bearing di kedudukan lebih kurang 13.5 batu nautika barat daya Pulau Sialu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad berkata, barang rampasan dianggarkan bernilai sekitar RM10,000 dan dibawa ke Zon Maritim Batu Pahat untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Senjata Api 1960.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI