KUALA TERENGGANU – Lima individu tampil membuat pengakuan menjadi pelanggan kepada doktor yang ditahan polis Sabtu lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mengeluarkan sijil vaksinasi palsu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, kesemua individu terbabit mengakui berurusniaga dengan lelaki berusia 51 tahun itu bagi mendapatkan sijil vaksinasi palsu terbabit.
“Mereka tampil secara sukarela untuk membantu siasatan kes melibatkan doktor klinik swasta terbabit.
“Kesemuanya mengaku membuat pembayaran terhadap suspek untuk menerima sijil vaksinasi palsu walaupun tidak pernah menerima suntikan vaksin Covid-19,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.- K! ONLINE