fbpx

Lelaki dikecam kerana cecair jimat minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan lelaki tersebut mendakwa cecair itu mampu menjimatkan serta mengekalkan prestasi enjin.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mendakwa cecair yang dimasukkan ketika mahu mengisi minyak mampu menjimatkan serta menjaga prestasi enjin.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Twitter @twtbikers, individu itu memilih untuk menggunakan petrol jenis RON 95 dengan menitiskan cecair bagi meningkatkan kualiti petrol yang setaraf dengan RON 97.

Klip video tular, berdurasi satu minit dua saat itu turut memaparkan dakwaan lelaki itu bahawa langkah tersebut bagi penjimatan berganda di samping mengekalkan prestasi enjin.

Tindakan lelaki itu kemudian mendapat kecaman orang ramai di media sosial.

“Tidak habis-habis modus operandi cara ini, penat sahaja jurutera-jurutera buat kajian, tetapi kamu perkecilkan sahaja dengan cecair itu,” kata @Reacth.

“Kalau masa saya kerja ‘forecourt crew’ dahulu jumpa orang macam ini, memang senang saya tempik. Satu kamu rosakkan harta syarikat dengan letak benda tahyul, satu lagi bermain telefon dekat stesen petrol,” ujar @AmirMoks.

Sementara itu, @affandi_azhad berkata, dia menggesa syarikat minyak tersebut untuk ambil tindakan kepada lelaki tersebut.

“Harap pihak syarikat petrol pam itu ambil tindakan dekat dia ini, kira vandalisme dah ini. Naya dekat orang lain,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI