fbpx

Lari masuk hutan selepas lihat rondaan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ediansha (dua dari kanan) memberi taklimat awal operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang hilang di hutan perkampungan nelayan Tok Bali, Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Seorang lelaki dilaporkan hilang di dalam kawasan hutan berhampiran perkampungan nelayan Tok Bali di sini selepas dia dipercayai terkejut sebelum melarikan diri apabila melihat rondaan polis di kawasan itu kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, Ahmad Zulmukhriz Zakaria, 22, dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar membuang sampah dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, bapa mangsa, Zakaria Mustapa, 51, telah membuat laporan di Balai Polis Cherang Ruku berhubung kejadian itu semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, lelaki itu dipercayai melarikan diri semasa membuang sampah ke kawasan hutan berkenaan selepas melihat anggota polis menjalankan rondaan di situ.

“Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa telah dijalankan bermula pukul 9.30 pagi tadi dengan melibatkan seramai 44 anggota termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Bomba Sukarela Marin Tok Bali dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia pelabuhan Tok Bali.

“Bilik gerakan bagi operasi itu dibuka di pejabat Bomba Sukarela Marin di Perumahan Nelayan Tok Balindi sini,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI