fbpx

Kapal tangki Jerman berlabuh secara haram ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL tangki dari Jerman yang berlabuh secara haram di perairan negara ditahan untuk siasatan lanjut dekat Pulau Jarak.

LUMUT – Sebuah kapal tangki yang berlabuh tanpa kebenaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada kedudukan 30.7 batu nautika tenggara Pulau Jarak dekat sini kelmarin.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kapal VS Glory Douglas sepanjang 171.20 meter yang berdaftar di Jerman itu dikesan pada pukul 11.15 pagi, dipercayai melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Kapal tersebut yang dikendalikan seorang nakhoda dibantu 18 kru terdiri daripada warga Russia, Ukraine, Romania dan Filipina berumur lingkungan 28 hingga 63 tahun telah dikesan berlabuh secara haram melalui cerapan radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Lumut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shahrizan, kapal tersebut telah ditahan di bawah Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000, penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tegasnya, kesemua kru bersama kapal ditahan di ‘titik tenggara’ (South East Point) (SEP) Pulau Pangkor bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI