fbpx

Guru madrasah, pelajar ceroboh hutan simpan didenda RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (kanan) dan Kairulanuar dituduh menceroboh Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang guru sebuah madrasah dan pelajarnya masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik dekat sini pada Ogos tahun lalu.

Guru terbabit, Ismail Taib, 69, dan Kairulanuar Zulkifili, 34, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Najwa turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara selama enam bulan jika gagal membayar denda dikenakan.

Mereka bagaimanapun membayar denda tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang berkhidmat di sebuah madrasah di Kampung Tembak B, Kuala Ketil di sini dituduh memasuki kawasan kompartmen 23 Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik tanpa permit pada pukul 11.30 pagi, 23 Ogos 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI