fbpx

Faiz kini kembali ke pangkuan Harimau Kumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIZ berpeluang untuk membuktikan kemampuannya sekali lagi apabila menerima tawaran daripada Penang FC bagi mengharungi Lig M musim baharu nanti.

PEMENANG Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd. Faiz Subri percaya keputusannya untuk menabur semula bakti bersama skuad Harimau Kumbang adalah langkah yang tepat untuk menghidupkan kariernya yang agak ‘kelam’ sejak dua tahun lepas.

Kata Faiz, saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2020 boleh dianggap sebagai medan kebangkitan untuk kembali mencipta nama, selain membantu skuad Harimau Kumbang mencapai sasaran ditetapkan.

“Banyak benda yang berlaku dalam tempoh dua tahun ini kerana sepatutnya saya beraksi dalam Liga M3 terlebih dahulu, tetapi disebabkan Covid-19, saya terpaksa tangguh niat sehinggalah akhirnya musim ini dapat tawaran bersama Penang FC.

“Tapi saya perlu masa untuk bangkit semula sebab dua tahun tidak beraksi dalam liga kompetitif, apatah lagi tahap saingan adalah tinggi dengan beraksi di Liga Super.

“Saya pula sebelum ini berlatih sendiri sahaja di rumah. Kali ini berlatih dalam satu pasukan, rasa suasana agak berbeza sedikit dan bukan senang untuk terus serasi”, katanya yang mula menjalani latihan pramusim ­minggu lalu.

Mengulas lanjut, pemain ber­usia 35 tahun ini sedar, ia akan menjadi perjalanan yang cukup mencabar untuk kembali mendapatkan momentum terbaik memandangkan perlu bersaing dengan rakan-rakan sepasukan yang lebih muda.

“Tahun ini memang kena kerja keras sebab bukan senang kita nak buktikan yang kita masih lagi mampu beraksi dengan baik di padang seperti dulu.

“Yang penting, saya nak menjadi sebahagian daripada pemain yang dapat bantu Penang meraih kedudukan lebih baik dan sekurang-kurangnya dapat menang satu trofi pada musim ini”, tambahnya.

Terdahulu, Faiz menyertai kelab Liga M3, Northern Lions FC pada musim 2020 dan Kuala Kangsar FC pada tahun lalu, tetapi tidak membuat sebarang penampilan ekoran saingan dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI