fbpx

Dua lagi ditahan kes rasuah pegawai penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki termasuk pegawai penjara direman bagi membantu siasatan kes rasuah di Mahkamah Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang pegawai penjara serta individu dipercayai berperanan sebagai orang tengah direman bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan keluarga banduan dengan kakitangan penjara.

Kedua-dua mereka yang berusia 36 tahun dan berasal dari Kedah direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 18 Januari.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Majistret, Siti Nor Hasliza Md. Ali di Kompleks Mahkamah Kangar di sini.

Menurut sumber, suspek pertama yang merupakan orang awam ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri kira-kira pukul 6.50 petang semalam.

Katanya, suspek dipercayai bertindak sebagai proksi atau orang tengah yang memindahkan wang suapan dianggarkan sebanyak RM60,000 melibatkan 300 transaksi sepanjang tahun lalu.

“Sementara seorang pegawai dari sebuah penjara di Kedah itu pula ditahan di pejabat SPRM pada pukul 8.15 malam hari sama yang mana kedua-dua mereka ini adalah kawan.

“Suapan tersebut adalah sebagai balasan untuk menyeludup barang-barang terlarang ke dalam penjara,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM negeri, Suzeliyana Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI