fbpx

Mustafa Khan pangku jawatan Pengarah JPJKK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Serah Terima Tugas yang dijalankan di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pulapol hari ini.

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)(Perancangan Strategik), Datuk Dr. Mustafa Khan Abdul Samat bakal memangku jawatan sebagai Pengarah JPJKK berkuat kuasa esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Ramli Din atas bakti yang dicurahkan.

“Beliau akan bersara wajib esok selepas hampir 35 tahun menabur bakti kepada PDRM. Semoga beliau dan isteri, Datin Fauziah Md Khalis serta keluarga sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

“Syabas dan tahniah kepada Datuk Dr. Mustafa Khan yang bakal memangku jawatan Pengarah JPJKK serta isteri, Datin Nor Hamiah Abdul Hamid Hasani sebagai pemangku Pengerusi Perkep JPJKK,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Majlis Serah Terima Tugas tersebut telah berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI