fbpx

Sempat lolos lima minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan seorang OKT melarikan diri di hadapan Klinik Kesihatan Beranang semalam.

KAJANG – Cubaan seorang lelaki yang juga Orang Kena Tangkap (OKT) melarikan diri sebaik selesai ujian calitan Covid-19 tidak berpanjangan selepas dia ditangkap semula tidak jauh dari lokasi melarikan diri.

Terdahulu, tular di media sosial menerusi sebuah video berdurasi 38 saat yang memaparkan seorang lelaki OKT berpakaian tahanan berwarna ungu telah melarikan diri ketika urusan menaikkan OKT di dalam trak polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku semalam kira-kira pukul 11 pagi di hadapan Klinik Kesihatan Beranang.

“Semasa kejadian, anggota bertugas telah mengiring seramai 19 OKT dari Balai Polis Kajang ke Klinik Kesihatan Beranang untuk menjalani ujian calitan Covid-19.

“Sebaik selesai urusan tersebut, semua OKT telah dinaikkan semula ke dalam trak polis sebelum salah seorang OKT secara tiba-tiba cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap semula dalam jarak 50 meter dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, OKT terbabit telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan dimasukkan semula ke lokap dengan selamat.

“OKT terbabit sebelum ini telah ditahan bersabit kes samun dan sedang berada dalam tempoh tahanan reman sehingga esok.

“Susulan kejadian ini, IPD Kajang telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan polis,” katanya. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI