fbpx

Brendan sedia kemudi skuad Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRENDAN bermotivasi dan gembira menjalani latihan pramusim bersama skuad utama kendalian Feichtenbeiner sebagai persiapan musim depan. – SELANGOR FC

SKUAD Selangor FC akhirnya boleh menarik nafas legas selepas kapten pasukan, Brendan Gan sudah cergas sepenuhnya menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas berehat panjang akibat kanser tahun lalu.

Sebagai rekod, pemain ber­usia 34 tahun itu yang juga tonggak Harimau Malaya disahkan menghidap kanser testis dan menjalani pembedahan pada Julai, sekali gus disisihkan daripada skuad Gergasi Merah sepanjang penghujung musim lepas.

Brendan yang telah turun menjalani latihan pramusim bersama skuad utama kendalian Michael Feichtenbeiner itu berharap dapat mendapatkan semula momentum sebelum aksi sepak mula liga berlangsung pada bulan depan.

“Saya sangat gembira dapat kembali menjalani latihan di atas padang selepas lama tidak berbuat demikian. Sudah tentu saya cukup teruja untuk bersama rakan sepasukan dengan barisan kejurulatihan yang baharu.

“Meskipun kami sudah me­ngenali Feichtenbeiner untuk tempoh yang lama (sebagai pe­ngarah teknikal), perasaan teruja itu tetap ada, selain turut disertai beberapa pemain daripada pasukan feeder, Selangor 2 yang menyertai pasukan musim ini.

“Secara keseluruhan, kami semua tidak sabar untuk memulakan musim baharu dan saya harap dapat bertemu dengan penyokong Selangor di stadium tidak lama lagi,” kata bekas pemain Perak FC dalam satu ke­nyataan semalam.

Mengulas lanjut, Brendan mengakui masih bermotivasi meskipun agak bergelut dengan pelbagai cabaran yang ditempuh khususnya apabila disahkan menghidap kanser pada tahun lalu.

“Setiap cabaran dan dugaan sudah cukup memberikan motivasi kepada saya. Namun, saya juga akan terus memberikan motivasi kepada rakan-rakan sepa­sukan agar mereka fokus dan bersedia pada setiap sesi latihan atau perlawanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI