fbpx

40 PATI warga Myanmar dicekup ketika menyorok dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI warga Myanmar yang dicekup polis ketika bersembunyi dalam kawasan semak di Kampung Sapi, Alor Pasir, Jeram Perdah, Rantau Panjang kelmarin. Foto IHSAN POLIS

PASIR MAS – Hasrat 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar untuk mencari rezeki di negara ini tidak kesampaian apabila mereka dicekup polis semasa bersembunyi di kawasan semak di Kampung Sapi, Alor Pasir dekat Jeram Perdah di sini kelmarin.

Serbuan pada pukul 11 malam itu dijalankan oleh pihak polis selepas menerima maklumat mengenai penyeludupan migran yang terdiri daripada 29 PATI lelaki dan 11 orang wanita termasuk remaja.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasruddin M. Nasir berkata, selepas menerima maklumat, sepasukan anggota Balai Polis Jeram Perdah telah digerakkan ke lokasi itu sebelum melihat sekumpulan PATI bersembunyi di kawasan semak.

Menurutnya, menyedari kehadiran polis, mereka cuba melarikan diri, namun gagal apabila kesemua PATI yang terlibat berjaya ditahan.

“Berdasarkan siasatan, kesemua PATI yang ditangkap dalam serbuan itu berusia antara 14 hingga 43 tahun.

“Mereka yang ditahan didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk masuk dan tinggal di negara ini. Mereka dipercayai akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk bekerja di sana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI