fbpx

25 individu ditahan kes dokumen palsu tender pembersihan RM60 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lagi pemilik syarikat direman kes mengemukakan penyata bank dengan butiran palsu di Kompleks Mahkamah Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah setakat ini menahan 25 individu bagi membantu siasatan kes dokumen palsu bagi tender pembersihan didakwa melibatkan kontrak lebih RM60 juta pada 2018 dan 2019.

Menurut sumber, kesemua yang ditahan berusia antara 31 hingga 77 tahun dengan 17 daripada mereka direman manakala lapan lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM.

“Kesemua yang ditahan terdiri daripada pengarah dan pemilik syarikat, pengurus, kontraktor serta individu bekerja sendiri.

“Tempoh reman terhadap mereka adalah berbeza iaitu antara tiga ke enam hari bermula semalam dan hari ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, penyata akaun bank beberapa syarikat yang dipercayai memiliki butiran palsu itu dipercayai dibuat untuk melayakkan syarikat memasuki tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI