fbpx

UiTM perkenal R2U bantu OKU, cedera belajar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roziah (dua kiri) dan John Riba (dua kanan) ketika menandatangani MoU hari ini.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) mewujudkan program Return To University (R2U) bagi menggalakkan pelajar yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) dan cedera semasa masih belajar kembali menuntut ilmu di universiti tersebut.

Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Ts. Roziah Mohd. Janor berkata, program tersebut adalah adaptasi daripada pengalaman program Return To Work (RTW) yang telah dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak tahun 2007.

Katanya, R2U adalah program seumpamanya dilaksanakan di institut pengajian tinggi di negara ini.

“Bagi menjayakan program R2U tersebut, pihak UiTM contohnya di cawangan Arau Perlis telah mewujudkan infrastruktur mesra OKU.

“Bagi infrastruktur di UiTM Shah Alam dan lain-lain cawangan, pihaknya akan memastikan segala kemudahan lebih kondusif untuk golongan OKU dan yang cedera,” katanya hari ini.

Terdahulu, beliau mewakili UiTM menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Timbalan Ketua Eksekutif Perkeso, John Riba Marin.

Sementara itu, John Riba memberitahu MoU mewujudkan situasi menang-menang antara kedua pihak dalam membangunkan projek berkaitan pengurusan hilang upaya yang komprehensif di Malaysia.

Jelas beliau, RTW dilaksanakan sebelum ini telah menawarkan pensijilan ‘Certified Disability Management Professional’ (CDMP) dari The National Institute of Disability Management and Research (NIDMAR) Canada. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI