fbpx

Ubah laluan saat akhir, penunggang motosikal jadi mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan sebuah kereta mengubah laluan secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kemalangan dengan sebuah motosikal di Lebuh Raya DUKE.

PETALING JAYA – ‘Tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa, elok gantung je lesen pemandu seperti ini.’

Itulah reaksi orang ramai apabila melihat sebuah klip video yang memaparkan tindakan sebuah kereta mengubah laluan di saat akhir di sebuah lebuh raya.

Tindakan tersebut telah menyebabkan sebuah motosikal gagal mengelak kenderaan itu sebelum melanggar bahagian belakang.

Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal dilihat melambung sebelum tercampak ke atas jalan.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), namun tidak dapat dipastikan tarikh kejadian tersebut dan apakah nasih penunggang motosikal terbabit.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata orang ramai mengecam tindakan pemandu kereta terbabit yang sesuka hati mengubah laluan tanpa menghiraukan pengguna lebuh raya yang lain.

“Suka hati dia je tukar laluan saat akhir, tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa. Pemandu macam ini elok gantung lesen je, menyusahkan,” tulis Razif Harun pada ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Zakaria Ahmad.

“Kalau tak ada video ni, mesti motor tu yang disalahkan sebab langgar belakang bukan tepi,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI