fbpx

TH lantik Mustakim sebagai Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustakim Mohamad

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pelantikan Mustakim Mohamad sebagai Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan yang baharu berkuat kuasa 16 Disember lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, pelantikan itu dengan mengambil kira pengalaman Mustakim berkhidmat lebih 18 tahun di TH.

“Ia meliputi bidang pengurusan kewangan, pelaburan dan juga operasi. Pihak pengurusan yakin kepakaran beliau dapat mengukuhkan lagi pentadbiran kewangan.

“Sekaligus membantu Kumpulan TH menghadapi persekitaran ekonomi yang sangat mencabar berikutan kesan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan itu, Mustakim sebelum ini merupakan Pengarah Eksekutif Operasi dan pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH pada Ogos 2018 sehingga April 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI