fbpx

Suami keluar ke jalan Allah, isteri dapat ganjaran pahala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Khann Daie.

PETALING JAYA – Seorang isteri akan mendapat pahala dan ganjaran yang sama seperti diperoleh suami sekiranya wanita berkenaan reda dengan suaminya yang keluar ke jalan Allah.

Melalui perkongsian oleh pendakwah bebas, Ustaz Khann Daie di laman Facebooknya hari ini, walaupun isteri hanya berada di rumah, namun pahala dan ganjaran yang tersedia di akhirat menyamai pahala suami yang sedang berdakwah di jalan Allah.

“Besar pahala suami yang berdakwah di jalan Allah dalam masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab dan nafkah keluarga sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat.

“Bahkan si isteri akan memasuki syurga 500 tahun lebih dahulu berbanding suami dan 1,000 tahun dunia adalah sama dengan satu hari di akhirat,” katanya.

Ustaz Khann juga berkongsi berkenaan pertanyaan Hazrat Sayyidatina Asma’ r.a mengenai ganjaran bagi kaum wanita yang dipetik daripada Kitab Hayatus Sahabah.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berharap suami masing-masing sentiasa berada dijalan Allah.

“Suami perlu didik ahli-ahli keluarganya, berdoalah agar Allah bagi taufik dan hidayah pada para suami dan faham agama. InsyaaAllah,” jelas @UmiSyuhadaII.

“MashaAllah, saya cuma mahu berkongsi cerita, apabila reda suami pergi ke jalan Allah, hati tu tenang lain macam. Banyak sangat bantuan yang Allah hadirkan semasa ketiadaan suami disisi dan semuanya dipermudahkan. Yang penting sentiasa yakin dengan Allah,” kata @EmyLiyanaJohari pula.

“Semoga yang terpilih kekal istiqomah dan jadi sumber hidayat untuk umat seluruh alam,” ujar @RubiahAbdKarim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI