fbpx

Seoul dilanda jerebu tebal berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bandar Seoul yang diselubungi habuk berbahaya sejak awal pagi kelmarin. - Yonhap

SEOUL – Ibu kota Korea Selatan, Seoul diselubungi jerebu tebal berbahaya yang memaksa kerajaan mengeluarkan arahan kecemasan berwaspada buat pertama kali bagi tahun ini, lapor akhbar The Korean Herald kelmarin.

Menurut Pejabat Pengurusan Kualiti Udara Metropolitan (MAMO), tahap ketumpatan habuk ultra halus di Seoul, Wilayah Gyeonggi dan Wilayah Chuncheong Selatan diunjurkan sangat teruk dengan sukatan 76 mikrogram setiap meter padu.

MAMO mengeluarkan arahan kecemasan pada pukul 6 pagi kelmarin untuk mengurangkan operasi di tapak- tapak pembinaan dan jumlah kenderaan di kawasan yang terlibat.

Langkah-langkah berjaga-jaga tersebut berkuat kuasa sehingga 9 malam hari sama.

Pusat ramalan cuaca tempatan mengunjurkan kepadatan habuk ultra halus dalam empat peringkat dengan dua lagi adalah baik (15 ke bawah) dan sederhana buruk (16~35).

Pihak berkuasa negara itu  turut menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar rumah jika tidak mempunyai urusan penting dan memakai pelitup muka penapisan tinggi seperti jenis KF 94 jika berada di tempat terbuka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI