fbpx

Orang Asli halau harimau guna lembing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang Asli Kampung Bihai Lama, Pos Bihai menggunakan lembing untuk mengawal kawasan perkampungan daripada ancaman harimau. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli di Kampung Bihai Lama, Pos Bihai di sini bertindak mengawal kampung mereka dengan menggunakan lembing bagi menjaga keselamatan keluarga mereka daripada ancaman harimau belang.

Langkah itu dilakukan selepas mereka melihat kelibat harimau belang cuba memasuki kampung mereka pada pukul 6.30 petang kelmarin.

Seorang penduduk kampung, Dollah Adi, 55, berkata, golongan lelaki dewasa di kampung itu secara 24 jam bergilir-gilir menjaga kampung mereka sambil memegang lembing sebagai perisai.

Katanya, lembing yang menjadi senjata turun-temurun kaum Orang Asli merupakan senjata yang terakhir sekiranya mereka berdepan bahaya.

“Lembing ini adalah alat senjata kita untuk menjaga keselamatan. Ia bukan digunakan untuk memburu harimau itu.

“Penduduk kampung Bihai Lama berhati-hati kerana harimau itu bukan berada di kawasan setempat tetapi sentiasa bergerak. Jadi, bila-bila masa sahaja haiwan itu boleh mengancam nyawa kita,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim dan Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Roslina Bun turut berkunjung ke kampung itu memberi taklimat keselamatan kepada penduduk kampung. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI