fbpx

‘Kalau nak PKP cakap awal-awal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Melihat kepada keadaan semasa penularan varian baharu Covid-19 di negara ini, ramai rakyat risau sekiranya perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.

Rata-rata orang ramai beranggapan desas desus kemungkinan PKP bakal dilaksanakan kembali dilihat semakin menjadi kenyataan.

Ini berikutan hadirnya beberapa varian seperti Delta, Omicron dan paling terkini adalah varian Deltacron yang sudah berjaya dikesan.

Orang ramai risau keadaan ini semakin parah dan sambutan perayaan seperti Tahun Baru Cina serta Hari Raya Aidilfitri pada Mei nanti tidak akan disambut seperti tahun lalu.

Antara hantaran orang ramai di media sosial yang risau tentang desas desus pelaksanaan PKP.

Bukan itu sahaja, orang ramai juga risau jika PKP dilaksanakan kembali kerana pendidikan anak-anak masing-masing juga akan terjejas.

Bukan hanya terjejas, malah persediaan ibu bapa yang sudah membeli kelengkapan persekolahan anak-anak juga akan mengalami kerugian.

“Kalau nak buat PKP cakap awal-awal, jangan buat macam ni. Kesian rakyat, persiapan buka sekolah anak bukan beli dengan air mata,” jelas Fadilah Yaacob.

“Bau-bau PKP macam makin dekat, sedih macam ni seperti tiada cara lain nak banteras Covid-19. Dah ada varian lain pula.

“Bayar yuran sekolah anak bukan murah tambah lagi yang tabika. Jadi seperti tahu lepas semuanya tak dapat apa,” jelas Siti Malisa Samsudin. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI