fbpx

Jurulatih perlu kerja keras ‘cipta’ pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FIRDAUS (tengah) hadir pada sesi Taklimat Pasukan Piala Presiden & Piala Belia 2022 yang berlangsung di Wisma FAM semalam.

URULATIH dan pengurus pasukan termasuk di peringkat Piala Belia serta Piala Presiden berdepan tugas tambahan bagi memastikan kelangsungan bakat muda dapat diteruskan sekali gus beri lebih banyak pilihan buat skuad Harimau Malaya.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd. Firdaus Mohamed berkata, ketika ini Malaysia berdepan situasi yang agak terhad dalam aspek pemilihan pemain untuk membawa cabaran negara.

“Kita tidak ada pilihan dan selalunya, muka sama yang bermain untuk pasukan kebangsaan. De­ngan apa yang jadi sekarang, semua orang perlu ‘terasa’ dan bukannya gelakkan FAM saja.

“Jika dahulu, pemain suka buat kerja lebih tetapi sekarang tidak lagi, jadi jurulatih kena kerja le­bih untuk lonjakkan prestasi pemain. Mereka kena lonjakkan lagi kemampuan pemain dan bukannya hanya bercakap soal taktikal.

“Pengurus pasukan juga perlu ada ilmu. Contohnya kalau ada pemain yang sering melakukan kesilapan sama, pengurus boleh beri pandangan kepada jurulatih.

“Ini bukan ‘tangan ghaib’ tetapi lebih kepada beri pandangan, namun keputusan akhir tetap pada jurulatih,” katanya ketika merasmikan Taklimat Pasukan Piala Presiden & Piala Belia 2022, semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, bekas pemain negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berpendapat kelab dan Persatuan Bola Sepak Negeri wajar bersama-sama memikul tanggungjawab di atas ke­gagalan Harimau Malaya di pentas Piala AFF Suzuki yang berlangsung baru-baru ini.

Sementara itu, Piala Belia dan Piala Presiden akan kembali dianjurkan buat kali pertama dalam tempoh dua tahun dan akan menggunakan format tiga zon iaitu tengah, utara dan selatan.

Mohd. Firdaus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM turut mengesahkan penganjuran kali ini akan membabitkan 20 pasukan bertanding termasuk kemunculan semula wakil Singa Utara, Perlis United.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN