fbpx

Jangan terperangkap aliran fesyen jumud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FESYEN kini dianggap menjadi alat hiburan untuk paparan di media sosial.

Oleh FAIZAL HAMID

MEMINJAM kata-kata Shakespeare, much ado about nothing, bagi saya, kata-kata itu merupakan kesimpulan yang kita boleh berikan kepada topik-topik yang diberi tumpuan oleh dunia fesyen dan media sosial sejak kebelakangan ini.

The Buzz, the hype, the front row dan the set itu semua elemen yang disebutkan, kini terlihat lebih penting daripada falsafah, identiti, fungsi atau konsep sebenar pakaian serta pemakaian.

Generasi terdahulu mungkin menganggap aliran fesyen terkini semuanya merupakan kitaran perkara yang telah ada sebelumnya.

Ini bermaksud, kreativiti bukan lagi tunjang utama, tetapi telah digantikan tempatnya oleh penggayaan.

Dalam erti kata lain, fesyen kini menjadi terlalu generik, kurang unik dan sedikit membosankan.
Yang pasti, generasi muda kini lebih tertarik menghasilkan sesuatu yang dianggap hip and cool semata-mata.

Apa pun kebenarannya, fesyen masih lagi berteraskan perniagaan.

Sama ada kita setuju atau tidak, konsep anything goes selagi boleh meraih keuntungan dan produk fesyen diperkatakan serta menjadi viral, ramai sanggup berbuat apa sahaja.

1. Persepsi sendiri

Segala ‘kebisingan’ yang berlaku secara luar sedar, kita mengetepikan persepsi sendiri terhadap apa yang berlaku di sekeliling dan tertumpu dalam dunia fesyen.

Oleh sebab semuanya bergerak pantas, tiada masa lagi bagi kita untuk menghadam serta menganalisis semua yang dipersembahkan daripada atau kepada kita dalam dunia fesyen.

Paling menyedihkan, kita dimanipulasi untuk berfikir hanya dalam satu aliran.

2. Media sosial

Fesyen kini menjadi sekadar hiburan untuk paparan media sosial.

Tetapi, tidakkah komuniti fesyen juga sepatutnya perlu mempertahankan maruah dan memberi respons terhadap isu sosial dan politik terkini?

Seperti industri hiburan, fesyen juga mengaut keuntungan dan selalunya terlalai hingga tidak begitu peka dan prihatin, akhirnya menjadikan kita buta terhadap hal-hal yang sebenarnya berlaku di seluruh dunia.

 

3.Pemasaran keterlaluan

Tidakkah pernah terfikir apa yang akan berlaku, jika kita gunakan platform media sosial bagi membincangkan industri fesyen terlalu menghabiskan masa dan wang, pertunjukan fesyen besar-besaran dan pemasaran keterlaluan menjurus ke arah pembaziran?

4. Kehendak pasaran

Bagaimana jika wang yang diperuntukkan itu digunakan untuk tujuan berbeza dan lebih bermakna?

Adakah kita tidak sedar, penghasilan pakaian lebih daripada kehendak pasaran adalah antara faktor yang menjadikan industri fesyen penyumbang kepada pencemaran kedua terbesar di dunia?

Fesyen kini hanya menyentuh permukaan sahaja dan sifat manusia yang mementingkan diri.

Ini membuat kita terlupa perkara lain yang berlaku seperti isu kepincangan sosial, perkauman, pendidikan, kemiskinan dan banyak lagi.

ADA pihak beranggapan industri fesyen terlalu menghabiskan masa dan wang dan membazir.

5.Fesyen sebagai medium

Mungkin sebahagian daripada kita berpendapat, fesyen adalah media yang tidak sesuai untuk memperkatakan isu-isu sebegini.

Akan tetapi, kita semua ada suara. Jika berasakan industri fesyen mempunyai laungan suara yang kuat, bukankah sudah tiba masanya dalam kehidupan yang paling mencabar ini, untuk menggunakan medium tersebut demi membantu mereka yang memerlukan? Fikir-fikirkanlah.
——————————————————————————————————————————————-
FAIZAL HAMID ialah Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam,Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI