fbpx

Harga rumah naik melonjak berbanding gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Penduduk Malaysia bakal berdepan dengan senario harga rumah yang akan terus meningkat tinggi ketika pendapatan ramai pekerja pula masih lagi berada di takuk lama.

Demikian antara dapatan awal oleh Khazanah Research Institute sebagai mengulas kajian pelbagai firma hartanah tempatan mengenai masa depan kos perumahan di seluruh negara.

Menurut Pengarah Penyelidikannya, Dr. Suraya Ismail, harga kediaman dijangka tetap terus mencatatkan kenaikan walaupun upah sebahagian besar pekerja di Malaysia pula kekal sama.

“Memang kami ada mendapati sebenarnya harga rumah ketika ini pun pada dasarnya sudah naik mendadak berbanding gaji kebanyakan pekerja masih rendah tidak berubah,” katanya.

Beliau ditemui selepas pelantikan dirinya sebagai antara 25 ahli Panel Berkepakaran (POE) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menangani isu rumah tanah air.

Ini termasuk masalah kekurangan rumah mampu milik selain lambakan kediaman tidak dijual dengan program itu disempurnakan menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI