fbpx

Haram beli barangan sihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan artikel hari ini.

PUTRAJAYA – Minyak pengasih, minyak dagu, minyak pelaris, minyak pendinding dan minyak pelaris mani gajah.

Itu adalah antara pelbagai barangan sihir yang boleh diperoleh dengan mudah menerusi beberapa portal beli belah dalam talian di negara ini.

Tapi tahukah bahawa Islam meletakkan hukum membeli barangan sihir adalah haram dan akad jual beli tersebut juga terbatal.

Perkara itu dijelaskan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri Ke-658: Hukum beli barang sihir, yang diterbitkan hari ini.

PMWP berkata, barangan sihir adalah barang yang tidak sah untuk dijual beli dan jika sudah dibeli, ia perlu dibuang dan dihapuskan.

Menurutnya, umat Islam dinasihatkan untuk menjauhkan diri daripada terlibat dengan perkara yang diharamkan oleh Allah S.W.T iaitu sihir walaupun ia dijual secara dalam talian.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI