fbpx

Guru besar dipenjara tiga bulan, denda RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH Khairul Azizi (dua dari kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas mengaku bersalah menyalahgunakan jawatan untuk menerima suapan di Mahkamah Sesyen Kuantan di Kuantan hari ini.

Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB

KUANTAN – Seorang guru besar dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan menyalahgunakan jawatan untuk mendapat suapan lapan tahun lalu.

Tertuduh, Khairul Azizi Ab Aziz, 55, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating, di sini menggunakan jawatannya sebelum ini sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Ia dipercayai bertujuan mendapat suapan dengan mencadangkan kepada guru besar melantik syarikat milik isterinya, Sueazizi Enterprise bagi perihal kerja bayaran peruntukan latihan Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) melibatkan sukan perahu layar yang melibatkan baucer bayaran pertama berjumlah RM1,200 dan baucar bayaran kedua sebanyak RM700.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan di SK Cherating, dekat sini, pada 19 Mac 2014 dan 15 Disember 2014.

Khairul yang kini bertugas sebagai guru besar didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahah Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI