fbpx

Gempa bumi sederhana di utara Sumatera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian gempa bumi yang berlaku di luar pantai barat utara Sumatera hari ini.

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 skala richter telah berlaku di luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia pada pukul 8.26 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, gempa bumi itu berlaku di koordinat 0.3 darjah Utara dan 96.9 darjah Timur.

“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” ujar kenyataan itu hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI