PETALING JAYA – Gempa bumi kuat dengan berukuran 6.5 skala richer telah berlaku di Kepulauan Fox, Kepulauan Aleutian, Alaska pada pukul 7.35 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 52.7 darjah Utara dan 167.9 darjah Barat.
“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya di sini tadi. – K! ONLINE