fbpx

[VIDEO] Ellie Suriaty suntik vaksin, demi taat perintah suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SURIATY OMAR

PETALING JAYA – Demi patuh kepada suami, pelakon Ellie Suriaty memaklumkan dirinya sudah lengkap menerima vaksin Covid-19.

Ellie atau nama sebenarnya, Ellie Suriaty Omar berkata, dia sudah lengkap divaksin sekitar hujung November dan apa yang dilakukan itu demi suami tersayang, Azri Iskandar.

“Saya ambil Sinovac sebab Khairy Jamaluddin kan ambil Sinovac. Kita ikut Menteri Kesihatan lah.

“Dos pertama pada lewat Oktober dan kemudian, dos kedua (November). Saya dapat tawaran bekerja di Sarawak sebab itu juga.

“Orang yang dah vaksin ke atau antivaksin, tiada siapa nak dijangkiti Covid-19. Jadi, masing-masing pun dia ada dia punya cara-cara pencegahan. Begitu juga saya semasa belum divaksin. Saya tak pernah kena Covid sebab saya buat langkah pencegahan,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online sebentar tadi.

Ellie ditemui usai sidang media pelancaran filem terbaharu arahan Osman Ali, Telaga Suriram di The Majapahit Restaurant, Mont Kiara, Damansara.

Ellie, 52, memberitahu, dia tergerak untuk mendapatkan vaksin Covid-19 disebabkan tidak mahu ingkar dengan suaminya.

“Saya ambil vaksin sebab Azri Iskandar. Dia dah bagi saya masa hampir dua tahun untuk meluahkan apa yang patut diluahkan (tentang vaksin Covid-19).

“Azri cakap pada saya dia dah beri saya dua tahun dan sudah sampai waktunya untuk saya ‘to call it quits’ (berhenti).

“Azri suami saya dan selagi dia masih lagi suami dan dia dah bagi saya tempoh (buat pertimbangan vaksin). Dia respek saya punya pendirian.

“Dah sampai masa saya kena ikut cakap suami. Sejujurnya, memang berperanglah sekejap dalam diri cakap ‘taknak vaksin’ tapi dia suami saya dan saya sangat menghormatinya.

“Apapun yang berlaku kepada diri saya dan anak-anak, dia yang kena tanggunglah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ellie menafikan sekeras-kerasnya dirinya adalah seorang antivaksin seperti disifatkan segelintir pihak sebelum ini.

“Kalau saya anti vaksin, dari dulu saya takkan cucuk apa-apa vaksin pun. Cuma, apa yang saya persoalkan tentang vaksin Covid-19 ini adalah tentang keberkesanannya kerana dibuat secara terburu-buru,” ujarnya.

Sebelum ini, Ellie merupakan antara selebriti tempatan yang lantang menolak suntikan vaksin termasuk untuk kedua-dua anak mereka yang berusia 17 dan 12 tahun atas faktor keselamatan dan kesihatan.

Pun begitu, dalam kelantangan menolak suntikan vaksin Covid-19, suami Ellie iaitu Azri akhirnya kecundang apabila dalam diam-diam selesai menerima dua dos suntikan vaksin demi tuntutan pekerjaan sekitar September.

Pasangan selebriti berkenaan turut mencetuskan kontroversi apabila membuat laporan polis pada 30 Ogos lalu untuk menolak suntikan vaksin bagi pelajar sekolah yang diwajibkan pihak kerajaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI