fbpx

Dua beradik jadikan rumah sebagai stor simpan dadah terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fadhil (tengah) bersama dadah yang berjaya dirampas ketika sidang akhbar di IPD Tangkak, hari ini.

TANGKAK – Polis berjaya menahan dua beradik yang dipercayai aktif mengedar dadah bersama bahan terlarang itu yang dianggarkan bernilai RM138,607 di sebuah rumah di Sungai Mati, di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, dalam serbuan antara pukul 2.30 petang hingga 3.25 petang itu, kedua-duanya yang berusia 40 dan 42 tahun ditahan bersama dadah seberat 4.73 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM138,607.

“Hasil saringan ujian air kencing turut mendapati abangnya positif dadah jenis methamphetamine.

“Kedua-duanya menjadikan rumah yang didiami sebagai stor penyimpanan dan pembungkusan dadah. Kesemua dadah yang dirampas dipercayai diedar untuk pasaran tempatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki tempatan itu berstatus duda dan mempunyai rekod lampau dadah serta disyaki aktif melakukan jenayah itu sejak November tahun lalu.

Katanya, dadah yang dirampas jenis heroin dan syabu itu disyaki boleh menampung atau digunakan oleh seramai 8,543 orang penagih.

Katanya, dua beradik itu direman tujuh hari hingga 15 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI