fbpx

Banjir : RM1.4b laksana kerja pembersihan, jambatan rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADILLAH Yusof (dua kiri) melihat pelan pembinaan jambatan Bailey yang di Kampung Bemban, Simpang Durian, Jelebu hari ini.-FOTO ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

JELEBU – Sebanyak RM1.4 bilion kos telah diperuntukan bagi tujuan kerja-kerja pembersihan di 928 lokasi di seluruh negara susulan kejadian banjir baru-baru ini.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerja-kerja pembersihan itu termasuklah membabitkan jalan, jambatan dan cerun yang rosak akibat banjir.

Jangkaan siap ada yang enam bulan dan bergantung dengan jenis kerosakan, fokus kementerian ketika ini adalah melihat jalan-jalan yang kritikal supaya ia boleh dilalui pengguna.

“Peruntukan yang telah digunakan adalah sebanyak RM59 juta bagi kerja-kerja kritikal agar jalan tersebut boleh dilalui dan tidak melibatkan bangunan awam, sekolah, hospital dan dewan masyarakat,” katanya selepas mengadakan tinjauan ke lokasi infra terjejas banjir di Kampung Bemban, Simpang Durian di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, sebanyak 443 lokasi banjir, 42 lokasi banjir kilat, 449 cerun runtuh, 25 jalan runtuh dan lima lokasi jalan dilaporkan berlaku akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Terdapat beberapa lokasi yang telah disiapkan seperti jambatan bailey di Hulu Langat dan minggu depan pula ada sebuah lokasi terjejas akibat banjir di apartment di Dengkil, Selangor akan siap.

“Ada juga lokasi yang mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk siap namun ia bergantung kepada tahap keseriusan infra yang terjejas tersebut,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI