fbpx

Banjir : JAIP kumpul 10 tan al-Quran rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan JAIP mengumpul al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran yang rosak akibat banjir di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berjaya mengumpul lebih 10 tan al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran yang rosak akibat bencana banjir di negeri ini baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIP, Noridzuan Abdul Manan berkata, Bentong dan Temerloh mencatat jumlah terbanyak al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran yang rosak akibat banjir berbanding Kuantan, Bera, Jerantut, Raub, Maran dan Lipis.

“Kejadian banjir yang besar di Bentong dan Temerloh hingga menenggelamkan banyak rumah termasuk masjid dan surau menjadi faktor utama banyaknya al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran yang rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

“Jadi saya meminta orang ramai yang memiliki al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran yang rosak akibat banjir dikumpul di masjid kariah dan surau setempat bagi tujuan pelupusan oleh pihak JAIP,”katanya di sini hari ini.

Tambah beliau pihaknya menjangkakan jumlah al-Quran yang dikumpul bertambah sehingga dua kali ganda apabila operasi mengumpul dimulakan semula minggu ini.

Menurut Noridzuan, al-Quran serta bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran yang rosak akan dilupuskan mengikut kaedah yang menepati hukum syarak bagi memastikan kemuliaanya.

Beliau memberitahu aktiviti pelupusan akan dilaksanakan di pusat pelupusan di Kampung Temin, Jerantut sebelum abu ayat suci berkenaan dilepaskan ke laut.

“Aktiviti pelupusan dilakukan bertujuan memelihara kemuliaan al-Quran serta bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran dan ia dilupuskan mengikut tatacara pelupusan yang ditetapkan JAIP,”ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI