fbpx

Badut curi RM4 berdepan penjara 9 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FS kini berdepan kemungkinan penjara sehingga 9 tahun kerana mencuri RM4. - Polis Jembrana

JAKARTA –  Seorang penghibur jalanan yang berpakaian seperti badut di Bali, Indonesia berdepan hukuman penjara sembilan tahun selepas mencuri wang 15,000 rupiah (RM4.40) daripada seorang penjual buah-buahan.

Menurut laporan portal berita Coconut, suspek lelaki berusia 25 tahun  dikenali sebagai FS itu terdesak mendapatkan wang untuk meninggalkan Pulau Bali dan pulang ke kampung halamannya di Jawa Timur.

“Dia berasakan pendapatannya sebagai penghibur jalanan semakin merudum sejak pandemik Covid-19 melanda pulau pelancongan ini.

“Suspek terdesak mencari wang untuk pulang ke Jawa hingga sanggup mencuri RM4.40 dan sebuah telefon jenama Nokia daripada seorang wanita yang merupakan penjual gerai buah-buahan,” Ketua Polis Jembrana, Dewa Gde Juliana.

Suspek didakwa melakukan kesalahan di bawah Kanun Jenayah (KUHP) yang membawa hukuman maksimum penjara 9 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI