fbpx

Arsenal disingkir Nottingham Forest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRABBAN (kiri) meledak gol kemenangan Forest ketika mereka menewaskan Arsenal awal pagi semalam. – AFP

NOTTINGHAMSHIRE – Arsenal terpaksa akur apabila tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas mengejut 0-1 kepada pasukan dari Liga Kejuaraan, Nottingham Forest pada aksi pusingan ketiga awal pagi semalam.

The Gunners bagaikan hilang keghairahan untuk memburu kemenangan pada aksi tersebut membuatkan pengurus mereka, Mikel Arteta mengakui perkara itu agak meresahkan sekali gus meleburkan impian mereka untuk mengulangi kejayaan menjulang trofi itu ketika musim 2019/20.

Pada aksi tersebut, Arsenal tewas apabila Forest berjaya meraih kemenangan menerusi ja­ringan tunggal perlawanan Lewis Grabban pada minit ke-83.

“Ia suatu yang memeritkan. Pertandingan ini cukup sinonim dengan sejarah kami dan pe­nyingkiran ini jelas beri kesan yang besar. Saya cukup kecewa dengan prestasi pasukan pada perlawanan ini.

“Agak sukar untuk menentang Nottingham Forest dengan cara mereka bermain. Lebih malang, kami juga turun beraksi tanpa ada keazaman untuk mengubah permainan dan memenangi perlawanan.

“Kami sepatutnya menunjukkan bahawa kami dahagakan kemenangan tetapi pada aksi ini kami gagal berada pada tahap sebenar,” katanya.

Pada aksi tersebut, Arsenal turun tanpa kelibat beberapa pemain utama termasuk Granit Xhaka yang disahkan positif ­Covid-19.

Bagaimanapun, Arteta tidak menjangkakan bahawa kekalahan itu akan memberi kesan besar kepada Arsenal dari aspek moral dan yakin mereka akan kembali mencatat kemenangan pada perlawanan akan datang.

“Saya tahu kerana saya sudah pun bermain sejak 18 tahun lalu dan ia bukan sesuatu yang mengejutkan untuk sesebuah pasukan berdepan kesukaran. Namun, apabila kami terpaksa melaluinya, ia perlu diharungi dengan cara berbeza,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI