fbpx

Wanita gagal temui lelaki idaman minta agensi cari jodoh pulangkan wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kriteria lelaki idamannya adalah berbangsa Cina, memiliki ijazah sarjana muda serta mempunyai gaji sehingga S$8,000 (RM24,795) sebulan. – Unsplash

SINGAPURA – Seorang wanita di Singapura meminta sebuah agensi mencari jodoh agar memulangkan bayaran  berjumlah S$2,000 (RM6,199) kepadanya selepas perkhidmatan itu dikatakan gagal menemukannya dengan jejaka idamannya, lapor portal Mothership semalam.

Wanita berusia 39 tahun yang enggan identitinya didedahkan itu  berkata, dia menggunakan perkhidmatan tersebut pada Julai 2020 selepas merancang untuk menamatkan zaman bujang sebelum usianya mencecah 40 tahun.

Ketika itu, agensi cari jodoh berkenaan menawarkan diskaun 50 peratus bagi pakej yang pada asalnya berharga  S$4,000 (RM12,398) dengan menjanjikan lima janji temu dalam tempoh dua tahun. 

Tambahnya, kriteria lelaki dambaannya hanya sederhana,  berbangsa Cina, memiliki ijazah sarjana muda  dan mempunyai pendapatan bulanan sekitar S$8,000 (RM24,795) .

Dia juga lebih menyukai lelaki beragama Buddha atau pemikir bebas serta mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 163 sentimeter.

Bagaimanapun, wanita itu berkata, calon pertama gagal memenuhi kriteria kerana gaji lelaki itu hanya  lebih sedikit daripada gajinya,manakala kenaikan gaji tahunan calon tersebut pula kurang daripada S$100 (RM310).

Selepas mengadu mengenai perkara itu kepada agensi terbabit, wanita itu diberikan satu ‘janji temu percuma’, namun perkenalan tersebut tidak berlangsung dengan lancar.

“Salah seorang daripada mereka agak berusia, manakala seorang lagi berkongsi aiskrim dengan saya ketika janji temu pertama kami, yang mana saya berpendapat tindakan itu agak janggal. 

“Kami ada saling bertukar nombor telefon, namun tidak berhubung selepas itu,” katanya kepada akhbar Shin Min Daily News.

Wanita berkenaan turut mendakwa tidak berpuas hati dengan perkhidmatan agensi tersebut disebabkan sikap acuh tidak acuh ejennya, lantas meminta wangnya dikembalikan.

Sementara itu, agensi berkenaan memberitahu, permintaan wanita itu supaya wangnya dipulangkan  adalah ‘bercanggah dengan polisi bayaran balik’ syarikat itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI