fbpx

Tiga individu ahli sindiket pinjaman wang tanpa lesen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pinjaman wang tanpa lesen.

IPOH – Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pinjaman wang tanpa lesen selepas menyerbu sebuah rumah pangsa di Desa Aman Puri dekat Kepong, Isnin lalu.

Serbuan Ops Vulture pada pukul 5 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tiga individu yang ditahan adalah warga tempatan berusia 22 sehingga 30 tahun.

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas tujuh unit telefon bimbit, dua unit komputer, seunit komputer riba, dua unit modem dan lima keping kad sim telefon.

“Sindiket ini dipercayai aktif sejak dua tahun lalu dan menjadikan pangsapuri tersebut sebagai pusat panggilan bagi aktiviti pinjaman wang tanpa lesen secara dalam talian menggunakan pelbagai nama syarikat.

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan membangunkan aplikasi peminjam wang di ‘Play Store’ dan ‘Apps Store’ di mana sesiapa yang ingin membuat pinjaman perlu memberikan butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan selain memuat naik video ‘aku janji’ dalam aplikasi berkenaan.

“Kita percaya, ia adalah modus operandi terbaharu sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mior Farid, pihaknya percaya ketiga-tiga suspek merupakan pekerja dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan dalang utama sindiket berkenaan.

Katanya, sindiket yang dipercayai bergerak di seluruh negara itu turut mengenakan faedah pinjaman sebanyak 25 hingga 30 peratus dalam tempoh 10 hari daripada tarikh pinjaman dibuat dan dipercayai akan membuat ugutan jenayah kepada peminjam, ahli keluarga dan kenalan peminjam yang gagal membuat bayaran balik seperti ditetapkan.

“Kesemua suspek direman tujuh hari bermula tarikh ditangkap dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh reman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI