fbpx

Tiada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan tiada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri pada tahun ini ekoran situasi semasa negara yang masih berdepan dengan pandemik Covid-19 yang belum pulih.

Menurut kenyataan akhbar Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira aspek keselamatan semua pihak terutamanya rakyat Pulau Pinang secara menyeluruh.

“Tambahan pula, terdapat keperluan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Lebih-lebih lagi terdapat beberapa kes varian Omicron di kesan di negeri ini baru-baru ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdapat kes positif Covid-19 membabitkan varian Omicron dikesan di Pulau Pinang pada Disember tahun lalu.

Sementara itu, kenyataan tersebut menjelaskan, semua pihak perlu meneruskan kawalan kendiri dan kekal berdisiplin dalam mematuhi SOP ditetapkan demi diri sendiri, keluarga dan komuniti sekeliling.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI