fbpx

SMK Taman Sri Muda tetap teruskan sesi persekolahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar SMK Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam hadir selepas pengurusan sekolah meneruskan sesi persekolahan seperti biasa walaupun telah diberikan kelonggaran Kementerian Pendidikan. - FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Sesi persekolahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda di sini berjalan seperti biasa meskipun telah mendapat kelonggaran menangguhkan sesi tersebut sebelum ini.

Pengetua sekolah, Datuk M. Magendran berkata, langkah itu bagi memastikan para pelajar khususnya Tingkatan 5 dapat diberikan tunjuk ajar secukupnya sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 yang dijangka berlangsung bulan depan.

“Kalau buka sekolah lambat, saya takut mereka tidak mendapat pembelajaran secukupnya memandangkan SPM tidak lama lagi.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk buka sekolah pada hari ini bagi membolehkan mereka masuk ke kelas dan bertanya kepada guru sekiranya tidak memahami sesuatu topik dalam subjek pembelajaran,” katanya ketika ditemui di SMK Taman Sri Muda, di sini, hari ini.

Banjir yang melanda Taman Sri Muda bulan lalu mengakibatkan SMK Taman Sri Muda ditenggelami air lebih satu meter dengan mengalami kerosakan kelengkapan pengajaran dan pembelajaran dianggarkan mencecah RM2.5 juta

Mengulas lanjut, Magendran menjelaskan hasil rekod mendapati 58 peratus daripada 1,093 pelajar bagi sesi pagi hadir pada hari ini.

“Sekolah ini mempunyai dua sesi persekolahan dengan jumlah keseluruhan murid berjumlah 1,963 murid.

“Saya berpuas hati dengan jumlah kehadiran ini dan berharap kehadiran murid akan meningkat dari semasa ke semasa. Para guru juga diminta mendapatkan butiran pelajar yang memerlukan bantuan daripada pihak sekolah,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI