fbpx

‘Sedih terpaksa buang buku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSNANI (tengah) bersama dua anaknya membersihkan kotoran selut pada buku pelajaran yang terendam banjir di Kampung Cemperai, Dengkil baru-baru ini.

SEPANG – Walaupun rasa sedih belum hilang apabila terpaksa membuang buku-buku pelajaran ekoran rosak terendam banjir, ia bukan penghalang kepada seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil, di sini untuk menghadiri sesi persekolahan bermula hari ini.

Nur Marsya Farzana Samtidar, 16, yang juga pelajar tingkatan empat berkata, buku-buku yang rosak tersebut melibatkan buku teks, buku latihan selain buku rujukan dibeli sendiri.

“Boleh dikatakan berbelas-belas buku pelajaran termasuk buku rujukan yang rosak terendam air, manakala lebih 20 buku tulis tidak boleh digunakan serta terpaksa dibuang.

“Ada buku yang saya rasa boleh digunakan, saya usaha dengan menjemurnya di luar rumah. Untuk buku teks yang rosak, saya sudah berikan nama kepada cikgu,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Cemperai, Dengkil, di sini semalam.

Dalam pada itu, anak kedua daripada empat beradik itu berkata, disebabkan ketiadaan buku-buku tersebut untuk sesi pembelajaran, dia akan merujuk topik yang diajar oleh guru menggunakan buku rujukan.

“Bukan saya sahaja, di dalam kelas saya kira-kira tujuh atau lapan orang pelajar turut menjadi mangsa banjir. Sedih bila terpaksa buang semua buku-buku tersebut malah tak sempat menyiapkan tugasan diberikan cikgu sebelum ini,” katanya.

Mengenai persiapan menghadiri persekolahan, Nur Marsya Farzana berkata, ibu bapanya sudah membeli pakaian baharu selain ada disumbangkan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Ibu pelajar tersebut, Rusnani Abdul Rahman, 47, berkata, dia dan suami Samtidar Abdullah, 47, melakukan persiapan se­adanya untuk tiga daripada empat anak yang masih bersekolah.

“Baju-baju sekolah memang tak boleh diselamatkan, sudah banyak kali saya basuh dan hantar ke kedai dobi, namun tetap berwarna selut. Jadi mana yang rosak, kami beli baru dan ada juga pihak-pihak berkenaan beri bantuan baju sekolah.

“Seorang lagi anak saya di sekolah rendah memang tak dapat selamatkan semua buku-bukunya. Habis segalanya termasuk buku teks rosak dan terpaksa dibuang,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI