fbpx

Restoran hidang menu leher itik sumbat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menu ‘leher itik sumbat’ ini diisi dengan lobak dan kacang lentil. – Instagram Westerns Laundry

LONDON – Sebuah restoran di London menjadi perhatian pengguna internet selepas memuat naik gambar menu terbaharunya, ‘leher itik sumbat’ yang berharga £18 (RM103), lapor portal berita MailOnline semalam.

Gambar menu tersebut dikongsikan di Instagram Restoran Westerns Laundry, Khamis lepas, yang menunjukkan bahagian kepala hingga leher itik diletakkan di atas pinggan.

Keterangan pada gambar tersebut menyatakan bahawa menu itu diisi dengan lobak dan kacang lentil.

Perkongsian gambar menu tersebut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang memberikan pelbagai pendapat.

“Tidak, ia agak keterlaluan,” komen seorang pengguna.

Bagaimanapun, terdapat sebilangan pengguna yang menyifatkan hidangan tersebut sebagai menyelerakan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN