fbpx

Rela jadi pokok pisang demi Elizabeth Tan – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI tumbuk pokok pisang oleh Elizabeth Tan menjadi perhatian netizen.

PETALING JAYA – Penyanyi dan juga pelakon Elizabeth Tan mencuri perhatian netizen apabila mempamerkan aksi ‘ganas’ menumbuk sebatang pokok pisang sehingga bersepai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, selebriti berusia 28 tahun itu yang dilihat memakai singlet hitam dan berseluar jeans pendek dilihat bersungguh-sungguh menumbuk sebatang pokok pisang bertubi-tubi sehingga hancur.

“Salam dari Ayer Tawar,” kata Elizabeth pada ruangan kapsyen video tersebut.

Aksi yang dikongsikan Elizabeth atau mesra disapa Lizzy itu sekali gus mendapat pelbagai respons daripada pengikutnya dalam Instagram berkaitan tindakan yang dilakukan olehnya.

Malah, ada juga segelintir pengikutnya dalam Instagram secara lelucon mendakwa rela ditumbuk Lizzy seperti pokok pisang itu.

“Saya sanggup jadi pokok pisang itu,” kata salah seorang pengguna Instagram.

“Tumbuk sahaja saya. Saya rela jadi pokok pisang itu,” kata seorang lagi pengikutnya.

Malah, ada juga netizen berasa kagum melihat kekuatan tumbukan oleh Lizzy apabila dia mampu membuatkan batang pokok pisang itu hancur sekali gus memberi amaran pada suaminya, Siew Tan supaya berhati-hati dengan isterinya.

“Kalau bergaduh apalah nasib suami dia,” usik seorang netizen.

Bagaimanapun, pelantun lagu Knock Knock itu juga tidak terlepas daripada dikecam oleh netizen atas perbuatannya merosakkan pokok pisang tersebut.

“Apa salah pokok pisang tu?” soal seorang pengguna Instagram.

“Jahanam pokok pisang orang,” tegur seorang lagi netizen.

Pada akhir video yang dikongsikan itu, sambil tersenyum Lizzy sempat menunjuk tangannya yang kemerahan akibat melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada pokok pisang. Penyanyi lagu Semua Sudah itu bagaimanapun tidak memberikan perincian mengenai perbuatannya itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI