fbpx

Rangnick hadapi cabaran besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANGNICK berdepan tugas sukar untuk mengembalikan kepercayaan pemain selain mendapatkan United keputusan yang baik. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick akhirnya mengakui bahawa beliau berdepan situasi di mana para pemainnya kurang gembira untuk turun menentang Aston Villa di pusingan ketiga Piala FA, awal pagi esok.

Selepas aksi di Old Trafford, awal pagi esok, United sekali lagi bakal menentang lawan sama dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Villa Park, Ahad ini.

Ketika Villa mendapat perkhabaran gembira dengan penyertaan Philippe Coutinho secara pinjaman, United pula sedang berada dalam situasi sukar di bawah kendalian Rangnick terutamanya selepas kekalahan 1-0 kepada Wolverhampton.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan media tempatan, seramai 17 pemain The Red De­vils kini sedang berdepan situasi tidak gembira.

“United bukanlah satu-satunya pasukan yang berdepan isu sebegini. Kami ada masalah kehilangan tiga pemain pertahanan ketika menentang Wolverhampton tetapi secara keseluruhannya, kami masih mempunyai ramai pemain yang mahu diturunkan

“Kami memiliki skuad yang besar sudah tentu 12, 13, 14 pemain yang tidak dapat bermain ataupun berada dalam pasukan kurang gembira apabila berdepan situasi tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, pengurus dari Jerman itu sentiasa tampil menjelaskan kepada setiap pemain setiap keputusan yang dibuat dan menegaskan pendekatan itu adalah sesuatu yang normal.

Selain cuba ‘memujuk’ pemain, keutamaan Rangnick ketika ini adalah memastikan skuad yang sedia ada mampu berada pada tahap terbaik untuk memastikan kemenangan mampu dicapai ke atas Villa.

“Kami memiliki skuad yang besar dan setiap dua atau tiga minggu sekali, saya akan beri penjelasan kepada pemain yang tidak dapat bermain. Namun saya tidak mampu lakukannya setiap perlawanan dan itu adalah isu yang kami hadapi dan kelab-kelab lain juga.

“Tugas saya adalah pastikan kami mampu pamerkan pres­tasi berbeza pada pertemuan dengan Villa,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI