fbpx

Polis siasat pemandu van buat fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kertas saman yang tular berhubung kes fitnah terhadap anggota polis trafik Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Polis kini menyiasat berhubung fitnah dilakukan seorang pemandu van komersial berkaitan pemberian saman melanggar lampu isyarat.

Ini susulan tindakan pemandu terlibat telah memuat naik gambar berserta tohmahan terhadap anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah ini mengeluarkan saman itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, perkara itu dikesan pihaknya kira-kira pukul 9.20 malam kelmarin terhadap satu kiriman di laman sosial Instagram.

Katanya, berdasarkan siasatan mendapati saman itu dikeluarkan semasa pasukan penguatkuasaan trafik menjalankan snapcheck kira-kira pukul 6.20 petang Jumaat lalu selepas menahan sebuah van komersial di Kilometer 24 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur yang telah melanggar lampu isyarat merah di kawasan terbabit.

“Tindakan saman telah dikenakan terhadap pemandu tersebut kerana telah melanggar lampu isyarat di bawah Rule 17 LN 167/59.

“Justeru, kes tohmahan itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berunsur khabar angin dan fitnah yang boleh menjejaskan kredibiliti PDRM.

Terdahulu, tular posting seorang pemandu van yang menyatakan dirinya tidak bersalah selepas disaman kerana melanggar lampu isyarat.

Berdasarkan posting tersebut, pemandu itu telah menunjukkan lesen memandu yang sah kepada salah seorang pegawai polis dan tiada sebarang kesalahan lain.

Apabila ditanyakan kesalahannya, pegawai polis berkenaan datang memeriksa van dan kesemuanya dalam keadaan baik namun telah melanggar lampu isyarat.

Pemandu van tersebut menegaskan tidak perlu menghulur duit poket bagi kegiatan pegawai polis itu sambil meletakkan nama pegawai berkenaan dan nombor siri badannya.

“Apabila saya tidak ingin membuat ‘settlement’, pegawai tersebut hanya menjawab selepas ini bincang di mahkamah pada tarikh yang ditetapkan,” jelasnya pada posting tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI