fbpx

Pengarah urusan, jurutera direman palsukan projek RM250,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seoran pengarah urusan dan jurutera direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung memalsukan dokumen projek bernilai RM250,000 di Segamat, Johor. - FOTO: BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah urusan dan seorang jurutera ditahan reman bagi membantu siasatan melibatkan dakwaan mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM250,000 bagi projek pembinaan jambatan sementara di Segamat.

Reman terhadap kedua-duanya dikeluarkan Majistret, Nurmardiana Mamat selama enam hari bermula hari ini sehingga 15 Januari.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 52 dan 41 itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Bahru sekitar pukul 7 malam, semalam selepas hadir memberi keterangan.

Kedua-dua suspek telah bersubahat mengemukakan dan memperakukan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan di daerah Segamat pada 2016 hingga 2020.

Tuntutan palsu berkenaan melibatkan projek pembinaan jambatan sementara bernilai lebih RM4 juta, sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

“Kedua-dua suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI